BADIK (DAMASCUS)
Badik ini merupakan koleksi peribadi saya. Mata badik ini ditempa dari pelbagai jenis besi.
Campuran besi badik ini terdiri dari paku besi, paku belian, besi spring kereta dan lori, besi dari lining brake dan lining gear kereta.
Proses membuat badik ini mengambil masa yang agak lama untuk dibuat.(akan di muatkan kelak)
Campuran lapisan badik ini mempunyai 30 lapisan besi dan ditempa berulang-ulang selapis demi selapis.
Panjang mata badik ini 14 inci dan keseluruhan badik ini ialah 18 inci.
Badik ini sesuai untuk sembelihan seperti lembu dan kambing.
Hulu badik diperbuat dari kayu Nyireh manakala kilum(pendokok) dari stainless steel yang diukir.
Sarung masih dalam pembikinan lagi.
Hulu badik ini akan diperbaharui dengan corak ukiran termasuk sarungnya nanti.
Belakang badik mempunyai ketebalan 5mm sahaja.
Badik ini terpaksa melalui 3 proses menyepuh, dan disepuh pada keseluruhan mata badik.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete